Wednesday, February 22, 2017

##ASSEMBLE PC##



Langkah-langkah Pemasangan Sistem Unit


I. Keselamatan-keselamatan Kerja

Sebelum memasang sebuah PC ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan :

  1. Elakkan memasang dalam keadaan berpeluh, kerana kemungkinan peluh akan menitis ke atas peralatan yang sedang dibaiki tanpa kita ketahui, lalu ketika kita menyalakan power supply maka akan berlaku litar pintas yang boleh merosakkan litarnya.
  2. Elakkan memegang atau menyentuh kaki prossesor yang ada termasuk chipset kerana dikhuatiri adanya aliran elektrostatik yang ada pada tubuh kita yang akan merosakkan komponen tersebut. Untuk mencegah hal ini kita harus memakai gelang anti statik (Anti Static Wristband).
  3. Sebelum menambah komponen yang baru, power supply harus dimatikan. Memasang komponen ketika power supply dihidupkan akan merosakkan komponen yang akan di pasang dan komponen lain.
  4. Jangan lupa untuk sediakan peralatan dan bahan-bahan sebelum memulakan pemasangan, agar seluruh proses pemasangan tidak tergendala.
  5. Elakkan pemasangan komponen hard disk dengan kasar, kerana boleh merosakkan hard disk tersebut.



II. Alatan dan Perkakasan

Alatan:
  • pemutar skru Philips 
  • pemutar skru bermata rata
  • Multimeter
  • Playar muncung tirus
  • Gelang Anti Statik

Perkakasan/ komponen





1. Motherboard
Motherboard adalah papan induk atau papan litar utama pada komputer, yang mengandungi beberapa rangkaian elektronik yang berfungsi sebagai pusat pemprosesan.

2. Processor/ pemprosesan
Processor adalah komponen komputer yang paling utama kerana ia akan menentukan baik buruknya prestasi komputer (juga disebut sebagai otaknya komputer). Berfungsi sebagai pemproses data didalam sistem komputer.

Jenis processor yang sering dipakai bergantung pada jenis penggunaan. Jika mahukan prestasi yang lancar bagi yang "hardcore", maka processor yang tinggi diperlukan. Jika untuk penggunaan biasa, memadai menggunakan processor yang biasa. Contoh bagi Intel seperti i3, i5 & i7.





3. Heatsink (Kipas)
Heatsink adalah kipas penyejuk processor dan komponen yang lain, penting kerana suhu di processor sangat panas sekali.

4. Harddisk
Harddisk adalah sebuah komponen perkakasan yang menyimpan data sekunder dan mempunyai cakera magnet. Berfungsi sebagai penyimpan data.





5. Memory (RAM)
RAM (Random Acces Memory) adalah Internal Memory, yang berfungsi untuk menyimpan data secara sementara. Ia bergantung juga pada penggunaan PC, bagi mengelakkan komputer "hang" atau "jamming", kapasiti RAM perlulah memadai dengan cara penggunaan komputer.








6. CD / DVD Drive
CD / DVD ROM adalah sebuah perkakasan yang berfungsi untuk menghubungkan data, pemindahan data, pembacaan data atau "penulisan" data dari PC kedalam sebuah CD.





7. Kad Grafik (VGA Card)
VGA Card (Video Graphics Adapter) adalah sebuah komponen yang berfungsi untuk menterjemahkan keluaran komputer ke monitor. Untuk proses reka bentuk grafik atau bermain permainan video, kad grafik mestilah yang berdaya tinggi.





8. Sound Card
Sound Card adalah sebuah perkakasan mampu mengolah serta menghasilkan suara. Bertugas untuk menunjangi fungsi suara dalam PC multimedia.




10. Power Supply
 Berfungsi untuk mengalirkan elektrik ke setiap bahagian komputer agar dapat berjalan.

11. Casing

Casing adalah sebuah perkakasan yang menyimpan beberapa komponen dalaman PC. Sebagai pelindung dan mengemaskan (berada di kedudukan) lagi komponen tersebut.



12. Keyboard & Mouse

KEYBOARD : Sebagai input untuk memasukkan data ke dalam sistem komputer.
MOUSE        : Menggerakkan "point" (penunjuk) di dalam PC.


13. Monitor

Suatu "output" yang mengeluarkan paaparan komputer melalui skrin.



III. Langkah-langkah Pemasangan

Berikut ini adalah langkah-langkah pemasangan CPU :




1.Letakkan motherboard pada tempat yang rata dan beri alas dengan permukaan yang lembut agar motherboard tidak tercalar atau putus jalur komponennya.




2.Pasang processor pada motherboard. Pemasangan processor sebaiknya dipasang diluar casing agar memudahkan anda dalam pemasangan processor tersebut. Pemasangan processor disesuaikan dengan jenis processor dan motherboard yang digunakan (jenis socket).



3.Setelah prosessor dipasang, lakukan pemasangan kipas processor.



4.Pasang RAM pada slot RAM yang tersedia pada motherboard. Pemasangan RAM pada slot harus berhati-hati kerana boleh berlaku kerosakkan.


5.Sediakan casing untuk pemasangan semua komponen yang sudah di sediakan.

6.Setelah casing disediakan, pasang bekalan kuasa atau power supply.


7.Setelah itu, masukkan motherboard pada casing secara perlahan agar motherboard tidak merosakkan.Sewaktu pemasangan motherboard, perhatikan penyambung mouse, keyboard, siri, VGA dan sound agar panel yang dipasang adalah dilakukan dengan betul.

8.Kemudian skrukan motherboard itu pada casing supaya ia tidak berubah kedudukan.


NOTA : Komponen yang sudah disambungkan pada motherboard disebut sebagai komponen ON BOARD.







9.Setelah itu, pasang CD ROM pada rak yang terdapat pada casing,dengan  memasukkannya dari depan.

10.Kemudian,skrukan CD ROM drive pada casing supaya kedudukan CD ROM tidak bergerak. Setelah itu pasangkan kabel power dan kabel IDE atau kabel SATA CD ROM pada motherboard.


11.Pasang harddisk pada rak yang terdapat pada casing dengan perlahan agar harddisk      tidak rosak kerana komponen harddisk ini sangat sensitif tehadap hentakan. Kemudian skru dengan ketat.

12.Setelah harddisk dipasang, pasang kabel data atau kabel SATA harddisk pada motherboard dan pada harddisk itu sendiri.


13.Pasang penyambung power supply pada tempatnya yang terdapat di motherboard. Berhati-hati! Jika pemasangan ini salah maka akan mengakibatkan kerosakan yang serius pada motherboard.



14.Kemudian masukkan penyambung power / restart / hdd lad / power lad dan pad penyambung lain yang terdapat di motherboard.







15.Setelah semua komponen telah dipasang, tutup casing dengan penutupnya. 

16.Setelah selesai, sambungkan beberapa kabel seperti kabel VGA (monitor),kabel USB (keyboard dan mouse) pada desktop. Boleh menambah kabel speaker jika ingin komputer mengeluarkan output bunyi.

17.Sambungkan power kabel  dengan bekalan elektrik dan cuba hidupkannya.Apabila komputer BOOTING, maka pemasangan telah berjaya. Apabila tiada BOOTING, bermakna pemasangan tidak lengkap.PC tersebut haruslah diperksa sama ada prosedur pemasangan tidak betul atau pemasangan "power cable" tidak sempurna.

NOTA ; Pastikan komputer dapat diBOOT supaya pemasangan Sistem Operasi / Operating System boleh dilakukan. Komputer yang tidak boleh diBOOT tidak boleh untuk menginstall Sistem Operasi. Operating System.





No comments:

Post a Comment